Selamat Kembali semula ke sekolah

0 komen dan pendapat
Hari ini Isnin 5/9/2011 sekolah bermula selepas bercuti sempena Hari Raya Aidil Fitri dan cuti pertengahan penggal ke 2.Selamat bertugas kepada semua guru dan selamat belajar kepada semua murid sekolah ini.Untuk murid Tahun Enam teruskan usaha anda kerana ada 8 hari lagi Peperiksaan UPSR akan berlangsung.Dalam jangka masa yang singkat ini kamu dikehendaki menjaga kesihatan dan keselamatan agar kamu sentiasa siap siaga dalam menghadapi peperiksaan UPSR nanti.

Malang sungguh dalam pada diperingati ada juga kalangan murid tahun 6 Alfa yang tidak hadir ke sekolah hari ini. Diberitakan seorang daripadanya mengalami kecederaan jatuh motor ketika berhari raya.Pelajar berkenaan bernama Muhamad Firdaus Hakimi Bin Abd Aziz.Seorang lagi yang tidak hadir bernama Firzanah Aniesya.Tak tahu apa sebabnya.Tidak ada maklumat tentang ketidakhadirannya.

Untuk makluman semua yang mengikuti perkembangan sekolah ini, pada hari Khamis malam Jumaat.Program Solat Hajat Perdana akan diadakan di Masjid Jame' Felda Redong.Dijemput kepada pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan UPSR,PMR,SPM dan STPM bersama ibu bapa dan penjaga untuk hadir ke majlis ini untuk kita sama-sama berniat agar semua pelajar tersebut mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan masing-masing.Harap maklum dan disebarkan kepada warga Felda Redong.

Pada hari Jumaat 9/9/2011 pula satu program lawatan ke SM Sains Muar akan diadakan.Semua murid tahun enam bersama ibu bapa angkat SAMURA akan berangkat ke sekolah berkenaan sebagai balasan lawatan sekolah berkenaan dalam program Jom Masuk Kampung pada bulan Jun yang lalu.Kami akan berangkat pada jam 8.30 pagi dengan dua buah bas yang disewa khas dan dijangka balik pada lewat petang.

Pada hari Isnin 12/9/2011 akan diadakan pula Program Restu Ilmu dan diadakan di Makmal Komputer.Dijemput ibu bapa calon UPSR untuk hadir ke majlis ini dan bersama-sama dengan guru-guru yang mengajar tahun enam untuk merestui ilmu atau apa sahaja kepada calon UPSR agar mereka dipermudahkan laluan dan ujian ketika menghadapi UPSR nanti.

Pada 13-15/9/2011 Peperiksaan UPSR akan berlangsung.Kepada ibu bapa atau penjaga yang ingin hadir ke sekolah pada hari berkenaan pihak sekolah amat mengalu-alukan dan program bacaan yassin serta solat hajat akan diadakan pada awal waktu semasa UPSR dijalankan.Hari Khamis pula calon akan mengambil ujian penilaian bermula jam 3.00 hingga 4.30 petang.


Post a Comment