TAHNIAH PASUKAN KRIKET SEKOLAH

4 komen dan pendapat


Kami warga SK LKTP Redong, Segamat mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada pasukan Kriket Kancil SK LKTP Redong, Segamat kerana telah menjadi johan peringkat daerah 2011. Wakil pasukan kriket kancil yang diketuai oleh Mohd Arif, tahun 6 Alfa dan dibawah bimbingan Cg Norrasid Bin Hamsan ( jurulatih ), Cg Hairul Faizi Bin Muhamad ( pengurus pasukan ) dan Cg Noralazmi Bin Mokhtar, Cg Mohamad Sharil Bin Bahrom.

Pasukan kriket kancil sekolah ini telah mengekalkan kejayaan sebagai johan daerah sejak belasan tahun yang lalu. Tahun ini, SK LKTP Redong menewaskan SK Kg Jawa pada pusingan pertama dan menundukkan SK Sawah Baru pada pusingan ketiga sebelum mengekalkan status juara untuk kesekian kalinya.

Seterusnya, pasukan ini akan ke SM Sains Muar, Ledang untuk ke pertandingan peringkat negeri pada 18 – 20 Februari 2011. Semoga kejayaan akan menyusul dengan iringan doa guru-guru dan ibubapa serta kerja keras ahli-ahli kriket kancil serta komitmen guru-guru yang melatih pasukan kriket kancil ini.


Kami, warga SK LKTP Redong, sekali lagi merakamkan jutaan tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat kerana telah mengharumkan nama sekolah diperingkat daerah dan seterusnya ke peringkat negeri dan kebangsaan. TAHNIAH!



4 comments: