Sekolah

Sejarah Sekolah



Sekolah Kebangsaan LKTP Redong telah dibuka pada tahun 1981 dengan kumpulan murid pertama seramai 30 orang. Sementara menunggu bangunan sekolah siap, murid belajar sebagai sekolah cawangan di Sekolah Kebangsaan LKTP Kemelah, Segamat.

En Jaafar Bin Ali merupakan Guru Besar pertama sekolah ini, mulai tahun 1982 setelah bilangan murid sekolah melebihi 100 orang. Sementara menunggu bangunan sekolah siap dibina, rumah-rumah peneroka berhampiran sekolah dijadikan bilik darjah sementara.

Pada tahun 1983, bilangan murid telah pun meningkat kepada 322 orang dengan bimbingan 15 orang guru. Menjelang pertengahan tahun 1983 murid-murid telah mula belajar dibangunan sekolah yang telah siap sepenuhnya. Bangunan sekolah terdiri dari 2 blok bangunan dua tingkat dan sebuah kantin sekolah.

Pada tahun 1984, bilangan murid telah meningkat kepada 609 orang murid yang diagihkan kepada 15 buah kelas dengan bimbingan 20 orang guru. Pertambahan keperluan bilik-bilik darjah amat diperlukan dengan bertambahnya murid.

Pada tahun 1986, satu blok bangunan satu tingkat ( projek kilat ) yang mengandungi 6 bilik darjah telah siap dibina. Pada tahun 1988, satu lagi blok bangunan baru telah dibina dibawah peruntukkan kewangan Projek Bantuan Bank Dunia.

Bilangan murid kian bertambah dari tahun ke tahun. Namun begitu bilangan murid mula menurun beberapa tahin kebelakangan ini. Bagi kedudukan sekolah berakhir pada 1 Oktober 2010 ialah 345 orang murid termasuk 50 murid Prasekolah.


Cg Kamaruddin Bin Ali telah mula bertugas sebagai Guru Besar Sekolah Kebangsaan LKTP Redong, Labis mulai 16 Julai 2010.

Sekolah ini yang terletak 32km dari bandar Segamat dan dibawah pentadbiran Pejabat Pelajaran Daerah Segamat. Sekolah ini juga dibawah naungan Dewan Undangan Negeri Johor Kawasan Kemelah di dalam Kawasan Parlimen Sekijang.


 ( Klik untuk gambaran yang lebih besar )

Sekolah ini berpotensi cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum di peringkat daerah Segamat mahupun Negeri Johor. Sekolah ini sentiasa berada dalam kelompok tiga sekolah Felda terbaik daripada 11 buah sekolah Felda Segamat.