• SK FELDA REDONG

    SK FELDA REDONG

    Sekolah Kebangsaan Felda Redong terletak di Felda Redong, Segamat, Johor Darul Takzim.

  • Galeri Sekolah

    Galeri Sekolah

    Galeri lokasi lokasi dan kemudahan yang terdapat di sekolah ini

  • Aktiviti Sekolah

    Aktiviti Sekolah

    Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan di sekolah

  • Warga Sekolah

    Warga Sekolah

    Warga Sekolah Kebangsaan Felda Redong bergambar kenang-kenangan

  • Ucapan Berkala

    Ucapan Berkala

    Sempena Ramadhan ini, kami warga sekolah mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua komuniti sekolah

  • Lokasi Sekolah

    Lokasi Sekolah

    Peta kedudukan SK Felda Redong dari bandar Segamat

Showing posts with label Berita. Show all posts
Showing posts with label Berita. Show all posts

Majlis Maulidur Rasul Peringkat Felda Redong

0 komen dan pendapat
Pada 12 Mac 2011, SK LKTP Redong telah dijemput untuk menjayakan program tersebut. Dataran kejat sekolah menjadi tempat berkumpul sebelum berarak ke masjid Felda Redong, penduduk-penduduk Felda Redong, pelajar-pelajar dan warga sekolah berkumpul dengan penuh ukhwah dan pakaian yang bewarna warni.

Majlis dimulakan dengan perarakkan dari dataran kejat sekolah hingga ke masjid Felda Redong, diikuti dengan ceramah dan jamuan. Turut diadakan ialah pertandingan poster / banner terbaik dimana johan bagi pertandingan ini ialah SK LKTP Redong. Sekalung tahniah buat semua.

Sekitar majlis maulidur rasul peringkat Felda Redong
























Read more

Majlis Maulidur Rasul Peringkat Sekolah 2011

0 komen dan pendapat
Pada 11 Mac yang lalu, SK LKTP Redong telah menjalankan program sambutan maulidur rasul peringkat sekolah. Program yang telah dijalankan sehari sebelum majlis ialah program 'rewang' atau sesi persediaan menyediakan bahan untuk dimasak.


Kami bertuah kerana pada mulanya, hanya menu ayam yang akan disediakan. Walau bagaimana pun, rezeki kami semua bertambah murah apabila ada dua individu yang menyumbangkan seekor lembu ( Cikgu Harith ) dan seekor kambing ( Puan Noni ). Ini menjadikan proses rewang kami menjadi lebih meriah dengan aktiviti melapah daging lembu dan kambing.


Pada malam tersebut juga, kami dihidangkan dengan sup tulang yang telah dimasak oleh tukang masak masjid Redong. Ada diantara guru-guru kami yang berjaga di sekolah hingga jam lima pagi.



 Majlis maulidur rasul kami dimulakan dengan para pelajar berkumpul di dewan sekolah selepas mereka bersarapan di kantin. Majlis yang sepatutnya dimulakan dengan perarakkan terpaksa dibatalkan atas faktor cuaca yang tidak mengizinkan.

Walau bagaimanapun, majlis tetap dapat diteruskan dengan suasana yang meriah tapi bersederhana. Selepas program motivasi bersama guru besar dijalankan bagi menggantikan program berarak dan berselawat, pelajar semua disajikan dengan program ceramah bersama penceramah jemputan dari PPD Segamat. Turut memeriahkan majlis ialah Pengurus Felda Redong, Imam Felda Redong serta pengerusi PIBG sekolah.




 Selepas tamat program ceramah yang dijalankan, pelajar mula bergerak ke tempat parkir kereta untuk mendapatkan makanan yang disediakan oleh ajk masakan dan guru-guru SK LKTP Redong.

Turut dijalankan sempena majlis maulidur rasul ini ialah pertandingan mewarna untuk tahap satu dan pertandingan membuat poster sempena maulidur rasul ini. Johan untuk pertandingan membuat poster tahap dua ialah kelas 5 Alfa dibawah bimbingan guru kelasnya, Cikgu Mohd Sharil Bin Baharom.

Semoga ukhwah yang terjalin dalam program seperti ini dapat diteruskan di masa hadapan. Tahniah untuk semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak dalam menjayakan majlis yang dimuliakan ini. Terima kasih juga kepada ibu bapa, guru, AJK PIBG dan YB Ayub dan orang ramai yang telah banyak menyumbangkan wang ringgit dan tenaga untuk menjayakankan majlis ini.










Read more

Sayonara

0 komen dan pendapat
Kami dengan rasa berat hati, melepaskan salah seorang guru yang kami sayangi iaitu Cikgu Amir Bin Hamzah. Beliau yang berpindah setara, telah melepaskan jawatan HEM SK LKTP Redong untuk meneruskan tugas HEM yang digalasnya di sekolah baru beliau, SK Moakil 1. 


Tuan Haji Amir Bin Hamzah

Beliau yang berkhidmat lebih kurang setahun di sekolah ini, telah banyak meninggalkan kenangan manis di sekolah ini. Beliau yang telah menjalankan tugasnya dengan cemerlang di SK LKTP Redong merupakan seorang yang peramah, baik hati dan berdedikasi. Komitmennya pada tugas-tugas dan tanggungjawab kepada sekolah memang tidak boleh dipertikaikan.

Beliau juga, seorang guru yang lemah lembut serta senyuman yang tidak lekang dibibirnya juga telah banyak membantu pelajar-pelajar tahun 6 memahami subjek sukar Matematik.

Harapan kami, agar Cikgu Haji Amir Bin Hamzah akan sentiasa menjalankan tugas dengan penuh dedikasi seperti apa yang beliau telah lakukan di sekolah ini. Perpisahan ini juga diharap tidak menjarakkan silaturrahim yang telah terjalin diantara guru-guru dan staf-staf sekolah ini dengan beliau.

Akhir kalam, selamat bertugas di tempat baru, suasana baru dan semangat yang baru.

Sekitar majlis bersalaman bersama Tuan Haji Amir Bin Hamzah










Read more

Warga Kerja Baru SK LKTP Redong

0 komen dan pendapat
SK LKTP Redong, menerima 2 orang lagi warga pendidik yang baru. Menggantikan Cikgu Amir Bin Hamzah yang bertukar ke SK Moakil 1, Cikgu Muhamad Din Bin Abdullah akan mengalas tugas sebagai Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid yang baru. Beliau sebelum ini bertugas di SK Pekan Air Panas, Labis akan mengambil alih segala urusan HEM di sekolah ini.

Selain itu, kami juga menerima seorang guru, anak jati Felda Redong iaitu Cikgu Mohamad Harith Bin Sungap. Beliau berpindah dari SK Seri Labis, Labis. Beliau juga pernah belajar disekolah ini lebih kurang 24 tahun yang lalu, kini berkhidmat untuk mengajar disekolah yang sama.


Kami warga sekolah, mengucapkan selamat datang kepada kedua-dua guru baru ini.


Read more