WAJAH BARU BLOG SEKOLAH

0 komen dan pendapat
Memandangkan blog SK LKTP Redong sebelum ini menggunakan platform template blog yang lama, JK Laman Blog Rasmi Sekolah, sedang dalam proses menaiktaraf 'wajah' blog rasmi sekolah ini. Harapan kami agar blog ini lebih mudah diakses, ceria dan sentiasa dapat memberikan maklumat dan info yang terkini berkaitan sekolah.

Guru-guru juga boleh menulis artikel yang difikirkan perlu dan memuatnaik sebarang dokumen dan berita yang ingin dikongsi. Diminta kerjasama juga dari semua setiausaha program-program sekolah yang dijalankan agar dapat berkongsi laporan, berita dan gambar-gambar aktiviti yang dijalankan oleh warga SK LKTP Redong supaya dapat dikongsikan oleh pelawat-pelawat blog sekolah ini.

Segala cadangan dan pandangan, kongsikannya dengan menghubungi kami melalui e-mail kami iaitu, sk_lktp_redong@yahoo.com. Sekian, terima kasih.

Post a Comment