UPSR akan berlalu

0 komen dan pendapat
Kepada calon UPSR hari ini hari ke 3 dan terakhir kamu hadapi peperiksaan.Kalangan ibu bapa dan penjaga diucapkan terima kasih kerana hadir untuk sama-sama mengiringi calon dan mendoakan agar semua calon dapat menghadapi peperiksaan dengan tenang dan menjawab dengan tepat soalan yang diberikan.

Guru Besar yang berkursus selama 3 hari di Muar begitu teruja dan terkesima sekali untuk bersama calon-calon. Selama 3 hari ini beliau menggunakan handphone untuk memberikan kata-kata semangat agar calon-calon dapat melakukan sesuatu yang terbaik untuk diri dan nama baik sekolah.

Selain itu,Pegawai Pelajaran Daerah juga datang ke sekolah dan bertemu calon-calon dengan memberikan kata-kata semangat agar calon-calon buat yang terbaik dengan tenang.Begitu juga Hj.Omar Sulaiman,Ketua Penyelia Kawasan Segamat Selatan telah datang melawat dan memberikan kata-kata semangat kepada calon dan buat yang terbaik.

Tak lupa diucapkan terima kasih kepada tuan imam Tn.Hj.Mohd Amin yang turut bersama ibu bapa dan meminpin bacaan Yassin dan solat hajat.Ucapan terima kasih juga untuk En Ali Bin Osman,Pengurus Felda Redong selaku bapa calon UPSR yang sanggup mengambil cuti selama 3 hari untuk sama-sama mengiringi anaknya dan mendoakan kejayaan khas untuk anaknya dan semua anak-anak Felda Redong.

Semua rakan guru khasnya guru tahun enam sama-samalah kita berdoa dan bertawakkal kepada Allah semoga diberikan kejayaan kepada semua murid kita.Usaha dan ikhtiar kita tu kita serahkan kepada Allah yang menentukannya.Mudah-mudahan Allah membuka hijabnya untuk kita semua.Insya Allah.


Post a Comment