• SK FELDA REDONG

    SK FELDA REDONG

    Sekolah Kebangsaan Felda Redong terletak di Felda Redong, Segamat, Johor Darul Takzim.

  • Galeri Sekolah

    Galeri Sekolah

    Galeri lokasi lokasi dan kemudahan yang terdapat di sekolah ini

  • Aktiviti Sekolah

    Aktiviti Sekolah

    Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan di sekolah

  • Warga Sekolah

    Warga Sekolah

    Warga Sekolah Kebangsaan Felda Redong bergambar kenang-kenangan

  • Ucapan Berkala

    Ucapan Berkala

    Sempena Ramadhan ini, kami warga sekolah mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua komuniti sekolah

  • Lokasi Sekolah

    Lokasi Sekolah

    Peta kedudukan SK Felda Redong dari bandar Segamat

Showing posts with label Program Sekolah. Show all posts
Showing posts with label Program Sekolah. Show all posts

Ucapan YB Datuk Ayub Bin Rahmat

1 komen dan pendapat
Kami wakil media SK LKTP Redong, berkesempatan untuk merakamkan ucapan dan harapan beliau terhadap pendidikan di DUN Kemelah dan SK LKTP Redong khususnya. Kerjasama yang diberikan amatlah kami hargai.


Rakaman video ini telah diambil pada hari Khamis, 24 Mac 2011 bertempat di SK Bukit Hampar.


Read more

LARIAN PERDANA MAHKOTA

1 komen dan pendapat

Larian Perdana Mahkota SK LKTP Redong akan diadakan pada hari esok jam 7.30 pagi. Jadi bersama-samalah kita menjayakan larian Perdana Mahkota Perdana yang akan diadakan serentak oleh pelajar-pelajar seluruh negeri Johor.


UPDATE : Larian Perdana Mahkota ini telah dapat dilaksanakan dengan jayanya serta memdapat sambutan dari ibu bapa dan penjaga pelajar SK LKTP Redong. Tahniah buat semua.


Read more

TAHNIAH PASUKAN KRIKET SEKOLAH

4 komen dan pendapat


Kami warga SK LKTP Redong, Segamat mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada pasukan Kriket Kancil SK LKTP Redong, Segamat kerana telah menjadi johan peringkat daerah 2011. Wakil pasukan kriket kancil yang diketuai oleh Mohd Arif, tahun 6 Alfa dan dibawah bimbingan Cg Norrasid Bin Hamsan ( jurulatih ), Cg Hairul Faizi Bin Muhamad ( pengurus pasukan ) dan Cg Noralazmi Bin Mokhtar, Cg Mohamad Sharil Bin Bahrom.

Pasukan kriket kancil sekolah ini telah mengekalkan kejayaan sebagai johan daerah sejak belasan tahun yang lalu. Tahun ini, SK LKTP Redong menewaskan SK Kg Jawa pada pusingan pertama dan menundukkan SK Sawah Baru pada pusingan ketiga sebelum mengekalkan status juara untuk kesekian kalinya.

Seterusnya, pasukan ini akan ke SM Sains Muar, Ledang untuk ke pertandingan peringkat negeri pada 18 – 20 Februari 2011. Semoga kejayaan akan menyusul dengan iringan doa guru-guru dan ibubapa serta kerja keras ahli-ahli kriket kancil serta komitmen guru-guru yang melatih pasukan kriket kancil ini.


Kami, warga SK LKTP Redong, sekali lagi merakamkan jutaan tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat kerana telah mengharumkan nama sekolah diperingkat daerah dan seterusnya ke peringkat negeri dan kebangsaan. TAHNIAH!



Read more