• SK FELDA REDONG

    SK FELDA REDONG

    Sekolah Kebangsaan Felda Redong terletak di Felda Redong, Segamat, Johor Darul Takzim.

  • Galeri Sekolah

    Galeri Sekolah

    Galeri lokasi lokasi dan kemudahan yang terdapat di sekolah ini

  • Aktiviti Sekolah

    Aktiviti Sekolah

    Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan di sekolah

  • Warga Sekolah

    Warga Sekolah

    Warga Sekolah Kebangsaan Felda Redong bergambar kenang-kenangan

  • Ucapan Berkala

    Ucapan Berkala

    Sempena Ramadhan ini, kami warga sekolah mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua komuniti sekolah

  • Lokasi Sekolah

    Lokasi Sekolah

    Peta kedudukan SK Felda Redong dari bandar Segamat

Showing posts with label Pengumuman. Show all posts
Showing posts with label Pengumuman. Show all posts

LAMAN BLOG RASMI SPSK

0 komen dan pendapat
JK SPSK SK LKTP Redong telah membangunkan satu laman blog khas SPSK bagi kemudahan guru-guru dan warga sekolah amnya. Blog ini, yang dikendalikan sendiri oleh JK SPSK sekolah telah pun beroperasi sejak 1 Ogos 2012.

Blog ini telah dibina dan didedikasikan sepenuhnya kepada segala yang berkaitan dengan SPSK sekolah ini. Guru-guru boleh memuat turun bahan-bahan SPSK mengikut PK masing-masing, muat turun minit mesyuarat serta berfungsi sebagai medium untuk pemberitahuan berkaitan dengan SPSK.

Oleh sebab itu, besar harapan kami agar kita semua memanfaatkan sepenuhnya blog rasmi SPSK SK LKTP Redong ini. Sebarang idea, komen dan pandangan amatlah kami alu-alukan.

Laman Blog Rasmi SPSK SK LKTP Redong




Read more

Mesyuarat Agung PIBG 2011

1 komen dan pendapat
Mesyuarat Agung PIBG SK LKTP Redong akan diadakan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 26 Mac 2011

Masa : 9.30 pagi

Tempat : Dewan Sri Permata, SK LKTP Redong

Majlis akan disempurnakan oleh YB Datuk Haji Ayub Bin Rahmat ( D.P.S.M, P.P.N, A.M.N ), Ahli Dewan Undangan Negeri Johor Kawasan No 4 Kemelah

Beliau juga akan merasmikan blog rasmi SK LKTP Redong pada majlis tersebut. Ibu bapa dan penjaga dijemput hadir untuk memeriahkan majlis ini.




Read more

Selamat Datang Guru Baru

0 komen dan pendapat
Baru-baru ini, SK LKTP Redong, menerima seorang lagi guru baru. Beliau, Cikgu Aspa Rizal Bin Mahmood, berasal dari Jengka, Pahang menyambung perkhidmatannya ke sekolah ini selepas berkhidmat di SK LKTP Chempelak selama beberapa tahun. Beliau yang sudah berumah tangga dan mempunyai dua cahaya mata ini, gemar bersukan.

Berpendidikan di Maktab Perguruan Darul Aman, Kedah dah mempunyai pengalaman mengajar sejak dari tahun 2000. Beliau akan mengajar subjek Matematik dan menggantikan Cikgu Kamarozaman yang akan bertukar ke SK Bandar Putra tidak lama lagi.

Kehadiran beliau dalam keluarga SK LKTP Redong sangat-sangat dialu-alukan oleh semua warga sekolah. 


Read more

Majlis Maulidur Rasul Peringkat Sekolah

0 komen dan pendapat

Sekolah akan mengadakan majlis sambutan maulidur rasul peringkat sekolah seperti ketetapan berikut :

Masa : 7.20 pagi
Tarikh : 11 Mac 2011
Hari : Jumaat
Tempat : Berhimpun di dataran sekolah
Pakaian : Pakaian baju melayu ( baju raya )

Pelajar diingatkan supaya membawa bekas makanan dan minuman sendiri. ( Bekas makanan yang bertutup ). Marilah bersama-sama menghadirkan diri ke majlis yang dimuliakan ini.

 




Read more

Jadual Ujian Setara dan UPPM 1

0 komen dan pendapat
JADUAL UJIAN SETARA 1 ( TAHUN 1 – 5 ) & UPPM 1 ( TAHUN 6 )
SK LKTP REDONG, SEGAMAT
2011

TARIKH / HARI
WAKTU
PERKARA
MASA
SELASA
8 MAC 2011
7.30 – 8.30
BAHASA MELAYU (K)
1 JAM
8.45 – 10.00
BAHASA MELAYU (P)
1 JAM 15 MINIT
10.40 – 11.20
MATEMATIK 2
40 MINIT
11.50 – 12.50
PENDIDIKAN ISLAM
1 JAM

TARIKH / HARI
WAKTU
PERKARA
MASA
RABU
9 MAC 2011
7.30 – 8.45
SAINS
1 JAM 15 MINIT
9.00 – 10.00
PSK
1 JAM
10.40 – 11.40
MATEMATIK 1
1 JAM
11.50 – 12.50
BAHASA ARAB
1 JAM

TARIKH / HARI
WAKTU
PERKARA
MASA
KHAMIS
10 MAC 2011
7.30 – 8.20
BAHASA INGGERIS 1
50 MINIT
8.35 – 9.50
BAHASA INGGERIS 2
1 JAM 15 MINIT
10.40 – 11.40
KAJIAN TEMPATAN
1 JAM
11.50 – 12.50



Kami warga SK LKTP Redong, mengucapkan selamat maju jaya. Semoga dapat menjalankan peperiksaan dengan tenang.

 


Read more

Bicara Hati Tuan Guru Besar

0 komen dan pendapat
Makluman kepada guru-guru SK LKTP Redong khasnya, ruangan Bicara Hati Tuan Guru Besar SK LKTP Redong, telah kemaskini. Sila lawati laman Bicara Hati Cikgu Kamaruddin Bin Ali. Bahan-bahan boleh dimuat turun dengan hanya klik di link yang disediakan.


Sekian, harap maklum.

Admin 


Read more

Program Gotong Royong Perdana 2011

0 komen dan pendapat
Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa AJK PIBG dalam mesyuarat AJKnya pada 6 Januari 2011 telah memutuskan untuk mengadakan Program Gotong Royong Perdana. Ianya diadakan bertujuan memupuk kerjasama dikalangan semua ahli PIBG. Disamping itu dapat meningkatkan kebersihan, keselamatan dan keceriaan sekolah.

Tarikh : 26 FEBRUARI 2011
Masa : 8.00 pagi hingga 11.00 pagi
Tempat : SK LKTP Redong, Segamat


Bil
Jenis Kerja
Alatan
Kawasan
Penyelaras
1.
Membersih, membaja, browning, memetik buah sawit
Pahat, tajak, cangkul, parang
Kebun kelapa sawit
En Noralazmi, En Nizam, AJK PIBG
2.
Menutuh dahan pokok
Gergaji mesin, kapak dan parang
Depan sekolah
En Mohd Nazli, En Mohd Jefri, AJK PIBG
3.
Membersihkan kelas dan bilik bilik khas
Penyapu, kain lap
Bilik bilik khas, bilik bilik darjah
Guru-guru kelas, AJK PIBG
4.
Membersihkan dedaun & sampah dipersekitaran sekolah
Penyapu, pengeruk, kereta sorong
Keliling sekolah
Pekerja sekolah, AJK PIBG
5.
Membersihkan parit
Cangkul
Keliling Sekolah
Pekerja Sekolah, AJK PIBG


Read more

MAKLUMAN KAJIAN TINDAKAN

0 komen dan pendapat
Semua guru diharap dapat menghantar tajuk kajian tindakan kepada penyelaras kajian tindakan sekolah atau kepada Cg Fitrie Othman untuk dihantar ke PPD. Tajuk kajian hendaklah tepat dengan kajian yang hendak dibuat serta mempunyai tajuk yang menarik atau 'catchy' sekiranya boleh.

Borang akan disediakan dan diletakkan di atas meja Cg Fitrie pada hari esok ( 11 Februari 2011 ). Tarikh akhir penghantaran TAJUK kajian tindakan yang anda ingin laksanakan ialah pada 27 Februari 2011.


Maklumat lanjut dan pengesahan rujuk Laman Web Rasmi PPD Segamat. Harap maklum.


In teaching you cannot see the fruit of a day's work. It is invisible and remains so, maybe for twenty years.

~ Jacques Barzun ~


Read more

MAKLUMAN TERKINI

0 komen dan pendapat

Dengan persetujuan dan kebenaran PPPDR Segamat, hari persekolahan bagi ISNIN 31 JANUARI 2011 dan SELASA 1 FEBRUARI 2011 akan ditutup kerana jambatan yang menghubungkan Felda Redong telah terputus sejauh 10 kaki. Justeru itu, hari persekolahan ganti akan dijalankan pada hari SABTU 12 FEBRUARI 2011 dan hari SABTU 26 FEBRUARI 2011 dengan mengikut jadual waktu PNP hari Isnin dan Selasa.

Selamat bercuti dan Selamat Tahun Baru Cina 2011.


Kami warga SK LKTP Redong mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua yang merayakannya. Selamat bercuti dan sentiasa berwaspada dengan bencana alam seperti banjir dan sebagainya. Keselamaa\tan keluarga adalah sangat penting.

Kepada pelajar-pelajar SK LKTP Redong, selamat bercuti dan banyakkan membaca bagi memenuhi waktu terluang ini.


Read more

MAKLUMAN TERKINI

0 komen dan pendapat
TERKINI : Jambatan masuk ke Felda Redong telah terputus sejauh 10 kaki. Dengan kebenaran Tuan PPPDR Segamat diishtiharkan bahawa ISNIN, 31 JANUARI 2011 , Sekolah Kebangsaan LKTP Felda Redong akan ditutup. Hari sekolah akan digantikan pada hari SABTU 12 FEBRUARI 2011.

* Guru Besar SK LKTP Redong, Cg Kamaruddin Bin Ali adalah antara mangsa banjir yang melanda di Labis. Beliau kini berada Pusat Pemindahan Banjir Dewan Paya Merah, Labis. Kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak, harapan kami agar semua menjaga keselamatan diri, keluarga dan harta benda masing-masing.



Di pekan Labis

Gambar menunjukkan keadaan banjir di simpang masuk Felda Redong



Read more

Selamat Datang

0 komen dan pendapat
Selamat datang ke blog rasmi SK LKTP Redong. Tujuan blog ini diwujudkan adalah sebagai satu medium bagi pihak luar untuk mengenali kami, mendapatkan maklumat tentang kami serta mengetahui perkara-perkara seperti pengumuman terkini pihak sekolah, aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan serta muat turun pelbagai bahan yang akan kami pautkan tidak lama lagi.

Kami juga berharap dengan wujudnya blog ini, akan menambahbaik lagi sistem penyampaian maklumat pihak sekolah kepada ibu bapa dan pelajar khususnya.


Read more